WARNA MERAH
Mempunyai warna merah sebagai warna kegemaran menunjukkan anda adalah seorang yang extroverted dan optimis, berani serta yakin. Anda berorientasikan tindakan dan aktif secara fizikal. Anda juga mempunyai naluri hidup yang kuat.
Warna merah sebagai warna kegemaran, anda seorang yang suka menjadi perhatian. Secara faktanya, mereka yang menyukai warna merah mengimpikan perhatian. Orang lain akan tertarik kepada gaya hidup dan rasa keseronokan yang anda pancarkan.
Sebagai warna personaliti merah, anda bersemangat untuk bersama dengan orang lain dan anda mewujudkan banyak tenaga. Anda bercita-cita tinggi, berdaya saing dan ingin menjadi pemenang. Anda seorang yang berorientasikan pencapaian dan tempat kedua tidak cukup baik untuk anda.
Anda biasanya mudah menerima penghormatan daripada orang lain dengan sikap praktikal dan keupayaan untuk mencapai sesuatu. Mereka yang mencintai warna merah adalah peneroka dan pelopor dunia, usahawan dan pembina yang ingin menjadi yang pertama dalam mencuba dan menemui sesuatu yang baru.
Jika anda cenderung kepada warna personaliti merah, anda mempunyai semangat dan keazaman untuk hidup dan tidak takut untuk mengejar impian dan matlamat anda. Anda ialah seorang yang impulsif, iaitu mudah mengekspresikan keinginan dan kadang-kala tindak-balas anda adalah tidak dijangkakan. Anda perlu mengira hingga 10 sebelum bertindak balas terhadap sesuatu keadaan apabila kemarahan dan keganasan anda mula muncul.
Anda sentiasa terburu-buru, mahu melakukan segalanya dengan segera. Kesabaran bukanlah salah satu dari kekuatan anda. Anda tidak menunda-nunda dan anda tidak akan menangguhkan sehingga esok apa yang boleh anda lakukan hari ini. Anda seorang yang bekerja keras apabila anda mempunyai warna personaliti merah, dan anda secara khususnya menikmati kerja-kerja fizikal dan mendapat kepuasan dengan melakukannya sendiri.
Orang yang menyukai warna merah boleh menjadi agresif dan mudah marah, dan ini adalah semangat dan tenaga negatif. Anda berang dengan serta-merta tetapi tenang dengan cepat sebaik sahaja anda keluar daripada suasana tersebut dan kemudian lupa bahawa ia pernah berlaku . Namun yang bagusnya anda tidak mempunyai dendam.
Anda mempunyai keperluan yang kuat untuk berkuasa dan mengawal di mana ianya bertepatan dengan naluri asas hidup anda. Anda tidak mahu kelihatan tidak pandai atau tidak tahu. Anda seorang pekerja yang baik, anda berorientasikan tindakan anda sangat akur pada deadlines dan menyiapkan tugasan pada waktu yang ditetapkan. Walaubagaimanapun anda tidak semestinya boleh menjadi bos yang baik. Sifat agresif anda tidak berfungsi dengan baik dalam kedudukan pengurusan.
Hebatnya anda sangat bersungguh-sungguh apabila anda menginginkan sesuatu, tetapi kelemahannya anda cenderung untuk mempunyai tahap tumpuan yang rendah. Anda mudah bertukar kepada suatu perkara yang baru apabila menjadi bosan terhadap perkara sebelumnya. Anda sering mahukan semuanya dan anda mahukannya sekarang!
Mempunyai warna kegemaran bewarna merah juga bermakna anda mungkin mempunyai ego yang keterlaluan dan kelihatan lebih yakin dengan rasa semangat diri sendiri.
Keperluan yang diperlukan oleh personaliti warna merah
Keperluan yang diperlukan adalah untuk pencapaian fizikal, kepuasan, keinginan dan pengalaman hidup yang boleh diterjemahkan melalui lima deria.
Sekiranya anda tidak menyukai warna merah ?
Mari kita lihat apa pula personaliti seseorang yang tidak menggemari warna merah. Anda mungkin berada di bawah tekanan pada masa tersebut dan menghadapi masalah untuk berhadapan dengan semangat, kegembiraan dan tenaga yang tinggi yang dihasilkan oleh warna merah.
Anda juga mungkin mahukan lebih banyak keseronokan, tenaga dan keghairahan dalam hidup anda tetapi anda takut atas sebab tertentu, atau kekurangan keyakinan diri, untuk terlibat dan membuka diri kepada semangat dan keghairahan yang mampu dibawakan oleh warna merah.
Anda mungkin akan penat atau sakit daripada tenaga warna merah di sekeliling anda dan lebih memerlukan banyak kerehatan dan ketenangan . Anda mungkin mendapati bahawa emosi kemarahan adalah sangat sukar untuk dikendalikan. Anda juga mungkin pernah mengalami penolakan atau kekalahan pada usia muda dan tidak percaya dan yakin bahawa anda boleh menang.